Puding Tembikai



BAHAN

20 g agar2 serbuk
500 ml air
300 g gula
220 g putih telor (7 biji A)
sedikit esen banana
200ml susu cair (1/2 tin)

Bijan hitam (Untuk biji)


CARA

Masakkan agar2, gula dan air hingga mendidih dan pekat sedikit. Masukkan esen banana dan matikan api.

Putar putih telur hingga menjadi kembang (Bila di terbalikkan tidak jatuh).

Masukkan agar2 tadi kedalam putih telur dan putar hingga sebati.

Bahagikan kepada 3 bahagian. Acuan dilalukan dengan air dahulu.

Sediakan pewarna (Merah, kuning & pink). Masukan bijan.

Masukkan pewarna ke setiap acuan tembikai dan kacau di tengah2 dan hampir ketepi sahaja.

Masukkan dalam peti sejuk. Selepas keras, terbalikkan dalam bekas dan sapukan bahagian atas dengan pewarna hijau epal dengan berus seperti di dalam gambar agar nampak seperti kulit tembikai.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Puding Tembikai"

Post a Comment