Kek Coklat Lembab

BAHAN
1) 50 g serbuk koko (5 sudu)
2) 50 g gula biasa (1/2 cwn)
3) 1 cwn air
* panaskan bahan di ats dan kacau sampai mendidih
4) 250 g mentega
5) 6 biji telur (A/B) - asingkan putih & kuning
6) 300 g gula halus
7) 1 sudu T esen vanila
8) 250 g gandum
9) 1 sudu T baking powder
CARA
Pukul putih telur (hingga diterbalikkan tidak jatuh). Masukkan baking powder.
Masukkan gula halus dan di pukul hingga rata.
Masukkan kuning telur, putar. Masukkan gandum, putar, masukkan mentega dan koko yang telah di masak tadi.
Masukkan dalam acuan yg telah di sapu dgn mentega.
Bakar adunan pada suhu 170C dalam masa 1 jam. off kipas
para hitam bawah diisi dgn air.
Api bawah dahulu 1/2 jam.
Api atas bawah 1.5 jam
TOPPING
1) 1 cwn gula biasa
2) 1 cwn koko
3) 2 sudu B mentega
4) 1 sudu B tepung jagung
5) 1 cwn air
* Campur semua bahan diatas , masak api sederhana.
6) 1 bar coklat masakan
* Masukkan coklat masakan selepas api di tutup.
Kacau sampai coklat cair, sejukkan dan hiaskan atas kek.







0 Response to "Kek Coklat Lembab"
Post a Comment