Garlic Prawn

BAHAN

Udang
1 labu bawang putih - ditumbuk
sedikit butter / marjerin
sedikit garam


CARA

Panaskan kuali, masukkan butter. Setelah butter cair, tumiskan bawang putih. Masukkan udang dan garam. masak sehingga berbau harum dan sedikit pekat. Siap.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Puding Roti

BAHAN

300 g roti sandwic putih
100 g mentega
800 g susu segar
100 g gula
5 biji telur


CARA

1. Sapukan mentega pada satu lapisan roti. Buat sapa habis.
2. Susun dan potong kpd 4 bahagian. Susunkan setiap keping dalam acuan bulat / 4 segi bersaiz 9 inci.
3. Pukul gula dan telur hingga sebati. Tuang susu segar dan kacau sebati.
4. Tuangkan adunan ini ke dalam roti yang telah disusun tadi. Biarkan roti meresap cairan selama 15 minit.
5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga bewarna perang.
6. Setelah masak, sejukkan.


SOS VANILA


200 g susu segar
50 g gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh esen vanila


CARA SOS

1. Didihkan susu segar.
2. Masukkan kuning telur yang telah digaul bersama gula dan tepung jagung.
3. Masukkan esen vanilla dan kacau hingga adunan mendidih dan agak pekat. Angkat dan sejukkan
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kuey Tiow Hongkong

BAHAN

1 mangkuk kecil kuey teow
sebiji telur
2 ulas bawang putih - diketuk
2 biji cilipadi - diketuk
1 sudu B sos tiram
Carrot - Dipotong menyerong or mayang
jagung muda
kobis bunga
cili merah - hiris
udang 2-3 ekor - buang kulit
sedikit daging ayam - dipotong halus
2 tangkai sawi
minyak masak, garam, air
bancuhan tepung jagung.


CARA

Pukul telur + secubit garam dalam mangkuk.

Masukkan kuey teow ke dalam telur dan gaul.

Goreng dalam minyak panas mcm goreng telur mata kerbau. Ketepikan


Untuk kuah:


Masukkan 2 sudu minyak. Tumiskan bawang putih sampai wangi.

Maukkan ayam dan kacau.

masukkan carrot, kobis bunga, batang sawi dan masukkan air secukupnya untuk kuah. Tunggu mendidih.

Tambah sos tiram, garam sikit, jagung muda & udang.

Masukkan sikit bancuhan tepung dan masukkan daun sawi, serta cili.
Siap
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Paprik Ayam Simple

BAHAN

1/2 ekor ayam - dipotong kecil2
Sotong
Udang
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/ panjang, karot dan jagung muda
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram
bahan2 perasa.


CARA

Panaskan kuali. Gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yang ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air.
Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato.
Semasa hidang perahkan limau kasturi.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Biskut Amos Chip



Bahan A

195 g Butter/ marjerin
60 g gula castor / icing - ayak
40 g gula perang
1 biji kuning telor
1/2 sudu k chocolate emulco

Bahan B

250 g Tepung gandum (tepat)
100 g chocolate chip (jgn simpan dlm peti)
50 g badam cincang-panggang
50 g badam keping dibakar-boleh ganti dengan badam cincang
40 g tepung ubi
30 g tepung kastard
1/4 sudu k soda bikarbonat
3/4 sudu k backing powder


Cara:

- Pukul bahan A hingga sebati
- masukkan bahan B, gaul hingga rata


* Loyang hgn di sapu dengan marjerin

Panaskan oven dulu 15 hinga 30 minit.
On kipas
180C
Api atas bawah.

Bakar para tengah selama 20 minit.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blueberry Muffin



BAHAN

1) 500 g blueberry muffin mix
2) 200 ml air
3) 3 biji telor
4) 175 ml minyak masak


CARA

Pukul bahan 1+2+3 dengan mixer selama 4 minit. Masukkan minyak dan pukul selama 1 minit lagi. Masukkan dalam cup & bakar selama 20 minit.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Chicken Chop






BAHAN


1) 3 ketul ayam (di buang tulang lagi bagus)
2) semangkuk kecil tepung gandum
3) Serbuk lada hitam
4) 3 ulas Bawang putih-tumbuk
5) garam


CARA

gaul bahan 2+3+4+5 . Golekkan ayam kedalam bahan yang digaul dan goreng.



BAHAN KUAH

1) 2 kiub ayam
2) 2 sudu tepung gandum
3) serbuk lada hitam
4) 3 cwn air
5) sedikit minyak


CARA

Panaskan minyak dan masukkan kiub ayam. Goreng sampai harum.

Letakkan tepung gandum dan kacau sampai sebati.

Masukkan air dan kacau sampai sedikit pekat.

Masukkan serbuk lada hitam.



BAHAN COLESLOW

1) Kobis - dadu
2) Carrot - dadu
3) Bawang besar - dadu
4) Mayonis coleslow/salad
5) sedikit garam

Campurkan kesemua bahan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Chicken Pie



BAHAN

1. 1 pack parata pastry (Kulit)
2. Ayam - didadu
3. Kentang - didadu
4. Bawang besar- dicincang
5. Tomato - didadu
6. Carrot - didadu
7. Serbuk lada hitam
8. gula, garam, sos tiram, sos tomato, cuka


CARA

Kentang di goreng dulu- ketepikan.

Tumis bawang, masukkan ayam, gula, garam, sos tiram, sos tomato, cuka secukup rasa.

Masukkan ayam dan kentang tadi. Masukkan sedikit lada hitam.

Parata pastry di belah 4. letakkan inti dan tutupkan seperti gambar diatas.

Bakar selama setengah jam.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kek strawberi



BAHAN

2.5 cwn tepung naik sendiri
1 cwn gula halus
3 biji telur
1 kotak kecel susu strawberry
3/4 cwn marjerin
1/2 sudu kecil baking powder


CARA

Marjerin + gula dipukul sampai kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji.

Masukkan tepung sedikit2, kacau.

Masukkan baking powder dan susu strawberry.

Kukus selama 1 jam.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kek Coklat Kukus



BAHAN A

2 cwn gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu B backing powder
1 sudu k soda bikarbonat

* Ayak semua bahan di atas dan ketepikan dulu


BAHAN B

2 cwn gula pasir
1 sudu k garam
1 sudu B nescafee
1 cwn air panas

* bancuh semua bahan B


BAHAN C

5 biji telur - pukul
2 sudu B susu pekat
1 cwn minyak masak


CARA2

Satukan semua bahan C, gaul hingga rata.
Masukkan bahan B. Kemudian bahan A. Kacau hingga sebati.
Kukus selama 1 jam.


TOPPING

1 cwn susu pekat
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu B minyak masak
2 sudu B air

CARA

Satukan semua bahan, masak pada api perlahan sehingga pekat. Curah ke atas kek.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cup Cakes













Sebelum ape2 panaskan oven dulu 180C, api atas bawah dan off kipas selama setengah jam

Bahan A


500 g Sponge Mix
40 g Tepung Naik Sendiri
60 ml air - sukat
5 biji Telor (A/B)
1/4 Sudu K Baking Powder


Bahan B

60 g Minyak


Cara:

- Satukan semua bahan A dan pukul hingga kembang putih. Biar jadi 3 x ganda
- Masukkan Bahan B
- Masukkan adunan 1/3 cup


Bakar cupcake pada suhu 180C , 25-30 minit.

Sejukkan cupcake sebelum di hias dgn icing sugar.


Icing Sugar

200 g Cream Well
50 g Gula Icing ( di ayak)
Sedikit Esen banana
Pewarna ikut selera masing2

Cara:

-Satukan semua bahan pukul hingga kembang.
-Bahagian kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg berlainan.
-Hias ikut kreativiti masing menggunakan piping bag dan nozel
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tat Telor



BAHAN (KULIT)

250 g butter
500g gandum
2 biji telur A
2 sudu B gula
1/2 sudu K garam
sedikit esen vanila/ banana
2 sudu besar air masak
1/2 cwn cornflake - mesin


CARA


Campurkan semua bahan dan gaul hingga rata. Uli sehingga jadi doh yg lembut.

Sediakan acuan, sapu acuan dgn shortening. Masukkan doh , rata di dalam acuan.

Bakar suhu 180C selama 15-20 minit.


BAHAN (INTI)

4 biji telor
10 sudu B gula
400 g air
3 sudu B susu pekat
3 sudu B tepung kastard
1 tin susu cair
esen vanilla
pewarna kuning/ lemon yellow


CARA

Satukan semua bahan, kacau hingga rata dan tapis.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sweet Hazelnut





BAHAN

1) 150 g Butter
2) 30 g Crisco / Lemak sayur/shortening
3) 80 g gula castor
4) Sedikit Esen vanila
5) 50 g Nestum kidar (Mesin dulu baru timbang)
6) 30 g tepung jagung
7) 30 g coco crunch kisar
8) Tepung gandum
9) Kacang hazel di bakar
10) 2 susu cocoa butter + 3 bar Coklat masakan


CARA2

Pukul bahan 1+2+3+4 sapa sebati je.

Masukkan bahan kering & gaul sapa rata.

ambil sedikit doh, masukkan kacang hazel yang telah di bakar, bentukkan bulat2.

Aturkan dalam loyang & bakar.

Cairkan coklat guna double boiler (Cocoa Butter 2 sudu + 3 bar coklat masakan).

Celup biskut dalam coklat cair dan hias.


HIASAN

Jumbo Heart, Croquant, paper cup merah/ hitam
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Biskut Snow Oats



BAHAN

1) 250 g oats
2) 100 g gula castor
3) 125 g butter
4) 10 g serbuk koko
5) 3 cwn tepung gandum
6) Minyak sapi secukupnye


CARA

Campurkan semua bahan kecuali minyak sapi dan gaul sebati. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.


UNTUK SNOWY

2 cwn susu tepung- diayak dulu
1/2 cwn gula icing- diayak
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Puding Lapis Tunjak Bumi



BAHAN A

25 g serbuk agar2
400 g gula (2 cwn)
1800 ml air
esen banana
daun pandan

BAHAN B

4 biji telur putih - Pukul sapa x jatuh bila diterbalikkan bekas.
sedikit garam


CARA

Masakkan bahan A hingga mendidih.

Pukul bahan B hingga kembang

Sediakan loyang 10x10 inci, lalukan dengan air dahulu.

Masukkan 3 senduk agar yg dimasak di dalam 1 bekas lain + 3 sudu putih telur + sedikit pewarna pink. Pukul hingga sebati dan curah dalam loyang. Biar keras sedikit.

ulang lagi cara di atas dengan pewarna lain. Masukkan 3 senduk agar yg dimasak di dalam 1 bekas lain + 3 sudu putih telur + sedikit pewarna lemon yellow. Pukul hingga sebati dan curah dalam loyang. Biar keras sedikit.

Ulang sehingga 6 lapisan. last sekali, pewarna pink sahaja + agar2- utk nampak jernih/transparent atas skali.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Puding Tembikai



BAHAN

20 g agar2 serbuk
500 ml air
300 g gula
220 g putih telor (7 biji A)
sedikit esen banana
200ml susu cair (1/2 tin)

Bijan hitam (Untuk biji)


CARA

Masakkan agar2, gula dan air hingga mendidih dan pekat sedikit. Masukkan esen banana dan matikan api.

Putar putih telur hingga menjadi kembang (Bila di terbalikkan tidak jatuh).

Masukkan agar2 tadi kedalam putih telur dan putar hingga sebati.

Bahagikan kepada 3 bahagian. Acuan dilalukan dengan air dahulu.

Sediakan pewarna (Merah, kuning & pink). Masukan bijan.

Masukkan pewarna ke setiap acuan tembikai dan kacau di tengah2 dan hampir ketepi sahaja.

Masukkan dalam peti sejuk. Selepas keras, terbalikkan dalam bekas dan sapukan bahagian atas dengan pewarna hijau epal dengan berus seperti di dalam gambar agar nampak seperti kulit tembikai.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Puding Puteri Dalam Kaca






Bahan Lapisan Kaya (A)

10 Biji Telur
1 cwn gula
1 sudu B Gandum
1 cawan santan (kalu yg segera -200ml)
Sedikit esen banana
3 pewarna (lemon yellow, pink & hijau epal)

cara:

- Satukan kesemua bahan di atas. Kacau dan tapis
- Bahagi kepada 3 bahagian (lemon yellow, pink & hijau epal)
- Kukus selama 1 jam (air gelegak br kukus)
- Biar suam/sejok


Bahan (B)

13 g serbuk agar2 (if hantaran 15/16 g)
1 cawan gula - 180 g
1000 ml air - sukat
2 titik esen vanilla @ banana
Daun pandan

Cara:

-Satukan semua bahan B.letak atas dapur dan masak hingga mendidih

* Loyang Zig Zag (10x10) - alirkan dulu air atas loyang

-Tuang sebahagian bahan B atas loyang selepas wap hilang
-Letak sekaya (A) 3 color secara random
-Tuang sebahagian lagi bahan B
-Letak dalam peti
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Domino Pudding / Roll Dam




Bahan A ( Agar-Agar Jernih )

14 g Agar2 serbuk (if agar2 nona 16 g)
250 g Gula
1100 ml air
Daun pandan
3 titis esen banana

Bahan B ( Agar2 Santan )

10 g Agar-agar serbuk
150 g gula
500 ml air
250 g susu segar (air kotak) - putih
200 g Santan (if kotak-ayam brand)

*Pewarna ungu, kuning dan hijau

Cara:

Masak bahan A hingga mendidih.
Masak bahan B hingga mendidih.
Lihat step di bawah:
_______________________________________________________
450 g Ungu Jernih (step 11)
_______________________________________________________
| 200 g | 150 g | 120 g | 60 g |
Lapisan | bahan B | bahan A | bahan B | bahan A | Lapisan
luar | (ungu) | (kuning) | (ungu) | (hijau) | dalam
(Tepi) | (step 7) | (step 8) | (step 9) | (step 10) | (tgh)
______________________________________
| 200 g | 150 g | 120 g | 60 g |
| bahan A | bahan B | bahan A | bahan B |
| (ungu) | (kuning) | (ungu) | (hijau) |
| (step 3) | (step 4) | (step 5) | (step 6) |
_______________________________________________________
300 g Susu dan Santan
_______________________________________________________
100 g Ungu Jernih
_______________________________________________________
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS