Jumpin' Up

Jumpin' Jumpin' jumpin' Up... :)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Garlic Prawn

BAHAN

Udang
1 labu bawang putih - ditumbuk
sedikit butter / marjerin
sedikit garam


CARA

Panaskan kuali, masukkan butter. Setelah butter cair, tumiskan bawang putih. Masukkan udang dan garam. masak sehingga berbau harum dan sedikit pekat. Siap.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Puding Roti

BAHAN

300 g roti sandwic putih
100 g mentega
800 g susu segar
100 g gula
5 biji telur


CARA

1. Sapukan mentega pada satu lapisan roti. Buat sapa habis.
2. Susun dan potong kpd 4 bahagian. Susunkan setiap keping dalam acuan bulat / 4 segi bersaiz 9 inci.
3. Pukul gula dan telur hingga sebati. Tuang susu segar dan kacau sebati.
4. Tuangkan adunan ini ke dalam roti yang telah disusun tadi. Biarkan roti meresap cairan selama 15 minit.
5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga bewarna perang.
6. Setelah masak, sejukkan.


SOS VANILA


200 g susu segar
50 g gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh esen vanila


CARA SOS

1. Didihkan susu segar.
2. Masukkan kuning telur yang telah digaul bersama gula dan tepung jagung.
3. Masukkan esen vanilla dan kacau hingga adunan mendidih dan agak pekat. Angkat dan sejukkan
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kuey Tiow Hongkong

BAHAN

1 mangkuk kecil kuey teow
sebiji telur
2 ulas bawang putih - diketuk
2 biji cilipadi - diketuk
1 sudu B sos tiram
Carrot - Dipotong menyerong or mayang
jagung muda
kobis bunga
cili merah - hiris
udang 2-3 ekor - buang kulit
sedikit daging ayam - dipotong halus
2 tangkai sawi
minyak masak, garam, air
bancuhan tepung jagung.


CARA

Pukul telur + secubit garam dalam mangkuk.

Masukkan kuey teow ke dalam telur dan gaul.

Goreng dalam minyak panas mcm goreng telur mata kerbau. Ketepikan


Untuk kuah:


Masukkan 2 sudu minyak. Tumiskan bawang putih sampai wangi.

Maukkan ayam dan kacau.

masukkan carrot, kobis bunga, batang sawi dan masukkan air secukupnya untuk kuah. Tunggu mendidih.

Tambah sos tiram, garam sikit, jagung muda & udang.

Masukkan sikit bancuhan tepung dan masukkan daun sawi, serta cili.
Siap
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Paprik Ayam Simple

BAHAN

1/2 ekor ayam - dipotong kecil2
Sotong
Udang
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/ panjang, karot dan jagung muda
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram
bahan2 perasa.


CARA

Panaskan kuali. Gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yang ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air.
Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato.
Semasa hidang perahkan limau kasturi.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Biskut Amos Chip



Bahan A

195 g Butter/ marjerin
60 g gula castor / icing - ayak
40 g gula perang
1 biji kuning telor
1/2 sudu k chocolate emulco

Bahan B

250 g Tepung gandum (tepat)
100 g chocolate chip (jgn simpan dlm peti)
50 g badam cincang-panggang
50 g badam keping dibakar-boleh ganti dengan badam cincang
40 g tepung ubi
30 g tepung kastard
1/4 sudu k soda bikarbonat
3/4 sudu k backing powder


Cara:

- Pukul bahan A hingga sebati
- masukkan bahan B, gaul hingga rata


* Loyang hgn di sapu dengan marjerin

Panaskan oven dulu 15 hinga 30 minit.
On kipas
180C
Api atas bawah.

Bakar para tengah selama 20 minit.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blueberry Muffin



BAHAN

1) 500 g blueberry muffin mix
2) 200 ml air
3) 3 biji telor
4) 175 ml minyak masak


CARA

Pukul bahan 1+2+3 dengan mixer selama 4 minit. Masukkan minyak dan pukul selama 1 minit lagi. Masukkan dalam cup & bakar selama 20 minit.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Chicken Chop






BAHAN


1) 3 ketul ayam (di buang tulang lagi bagus)
2) semangkuk kecil tepung gandum
3) Serbuk lada hitam
4) 3 ulas Bawang putih-tumbuk
5) garam


CARA

gaul bahan 2+3+4+5 . Golekkan ayam kedalam bahan yang digaul dan goreng.



BAHAN KUAH

1) 2 kiub ayam
2) 2 sudu tepung gandum
3) serbuk lada hitam
4) 3 cwn air
5) sedikit minyak


CARA

Panaskan minyak dan masukkan kiub ayam. Goreng sampai harum.

Letakkan tepung gandum dan kacau sampai sebati.

Masukkan air dan kacau sampai sedikit pekat.

Masukkan serbuk lada hitam.



BAHAN COLESLOW

1) Kobis - dadu
2) Carrot - dadu
3) Bawang besar - dadu
4) Mayonis coleslow/salad
5) sedikit garam

Campurkan kesemua bahan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Chicken Pie



BAHAN

1. 1 pack parata pastry (Kulit)
2. Ayam - didadu
3. Kentang - didadu
4. Bawang besar- dicincang
5. Tomato - didadu
6. Carrot - didadu
7. Serbuk lada hitam
8. gula, garam, sos tiram, sos tomato, cuka


CARA

Kentang di goreng dulu- ketepikan.

Tumis bawang, masukkan ayam, gula, garam, sos tiram, sos tomato, cuka secukup rasa.

Masukkan ayam dan kentang tadi. Masukkan sedikit lada hitam.

Parata pastry di belah 4. letakkan inti dan tutupkan seperti gambar diatas.

Bakar selama setengah jam.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kek strawberi



BAHAN

2.5 cwn tepung naik sendiri
1 cwn gula halus
3 biji telur
1 kotak kecel susu strawberry
3/4 cwn marjerin
1/2 sudu kecil baking powder


CARA

Marjerin + gula dipukul sampai kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji.

Masukkan tepung sedikit2, kacau.

Masukkan baking powder dan susu strawberry.

Kukus selama 1 jam.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS